Sejarah pilihan raya Permatang Pauh (kawasan persekutuan)

Semenjak 1969 hingga sekarang menyaksikan parlimen Permatang Pauh bertukar tangan di antara pemerintah Barisan Nasional(dahulu Perikatan) dan juga pembangkang sama ada PAS atau pun PKR. Namun jika dilihat dengan teliti, Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Pada 1999, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Daad yang hanya mendapat 14,743 undi.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 undi berbanding lawannya 21,147 undi.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda UMNO, Dato'Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950 undi.

Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di Permatang Pauh semenjak 1969:-

TahunAhli ParlimenPartiLawanParti LawanMajoriti
1969Mohd Nor Bakar PerikatanMusa Mohd Yatim PAS-
1974Ariffin Md Daud BN-UMNOAbu Bakar Murni Pekemas-
Baharuddin Ibrahim PSRM-
1978Zabidi Ali PASAriffin Md Daud BN-UMNO-
1982Datuk Seri Anwar Ibrahim BN-UMNOZabidi Ali PAS14,352
1986Datuk Seri Anwar Ibrahim BN-UMNOMohamad Sabu PAS10,479
1990Datuk Seri Anwar Ibrahim BN-UMNOMahfuz Omar PAS16,150
1995Datuk Seri Anwar Ibrahim BN-UMNOAbdul Rahman ManapDAP23,515
1999Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail PKRDato' Dr Ibrahim Saad BN-UMNO9,077
2004Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail PKRDato' Pirdaus Ismail BN-UMNO590
2008Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail PKRDato' Pirdaus Ismail BN-UMNO13,388
2009Datuk Seri Anwar Ibrahim PKRDatuk Arif Shah Omar Shah BN-UMNO15,671
Hanafi Hamat-
2013Datuk Seri Anwar Ibrahim PKRDr. Mazlan Ismail BN-UMNO25,369
Dr Abdullah Zawawi SamsudinBebas
2015Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail PKRSuhaimi Sabudin BN-UMNO8,841
Salleh IsahakBebas
Azman Shah Othman PSRM
2018Nurul Izzah Anwar PKRMohd. Zaidi Mohd. Said BN-UMNO15,668
Afnan Hamimi Taib Azamudden PAS

Pilihan raya kecil 2008

Sejurus tamat pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat manakala yang lainnya masih lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan ini bagi memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM) telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil berkenaan dan akhirnya, selepas YB Dato' Seri Anwar Ibrahim menang mengalahkan tiga pencabar lain untuk menjadi ahli parlimen di kawasan ini dan seterusnya menjadi ketua pembangkang Malaysia.